salam cikgu azimah

13 Feb 2012 tarikh saya melaporkan diri di SK Taman melawati 2.Perasaan gugup dan berdebar saya sembunyikan kemas dalam hati.Agak lewat melapor diri dek kerana urusan pertukaran alamat sekolah di JPS, jadi saya memutuskan untuk menelefon GB SK Taman Melawati 2 (SKTM2).Mood GB kedengarannya agak baik namun sedikit kalut saat itu.Dari SK Taman Universiti saya bertukar sama suka dengan hamba Allah yang baik hati ketika di JPS.Mujur sahaja saya masih sempat melapor diri pada hari itu kerana kedudukan SKTM2 tidak sukar untuk dicari.

Keadaan pejabat agak sibuk membuatkan GB hanya sempat mencatat sesuatu di atas lembaran surat penempatan saya.tanpa satu soalan berkaitan diri saya mahupun sekolah, beliau minta saya menggantikan kelas guru yang tidak hadir pada waktu itu.Pada mulanya saya menolak ekoran peraturan IPG yang tidak membenarkan pelatih guru menggantikan guru, namun saya akur apabila GPK meminta bantuan saya.

Agak terduduk seketika apabila di akhir waktu relief kerana pelajar sudah mula tidak terkawal.saya cuba sabarkan hati kerana menurut guru-guru lain, kami tidak dibenarkan mencubit, memukul atau sewaktu dengannya yang boleh mengakibatkan saman datang dari pihak ibu bapa memandangkan sekolah itu adalah sekolah yang paling ramai pelajar datang dari golongan elit,anak2 ahli politik, anak-anak selebriti.Maka saat berakhirnya kelas, saya menarik nafas lega.

Berita yang paling menggembirakan saya apabila saya ditugaskan pada sesi pagi untuk mengajar pelajar tahun 4 dan 5.Syukur tidak terhingga apabila Allah permudahkan saya dengan ditempatkan di sekolah berdekatan rumah, guru-guru yang baik,GB yang selalu bersungguh2, dan pelajar yang bukan dari tahap 1.

What’s wrong with relief?Pada mulanya saya juga seperti yang lain mengeluh saat diamanahkan relief.Namun saya sedar kepenatan yang disebabkan kerja itu lebih nikmat berbanding penat tanpa membuat apa2.Saya adalah orang yang paling tidak bijak sekiranya menolak relief itu kerana saat ini saya perlu mengenali pelajar2 saya.Dan semestinya ia satu peluang yang baik untuk kita memperuntukkan masa tersebut dengan membuat aktiviti berkaitan subjek pengajaran. Dan mungkin itulah juga bisa dianggap amal jariah kerana membantu rakan sejawat yang tidak hadir.

Terkadang saya juga mengeluh dalam hati.mengapa begitu dan begini?kenapa tidak begitu dan begini namun saya cepat memujuk diri dan selalu mengingatkan bahawa rungutan dan ketidakpuasan hati itu akan membuatkan saya sendiri sakit.Saya hanya perlu pegang kepada etika kerja profesional.saya hanya perlu pegang itu.

Terkadang juga saya tertanya-tanya, apakah betul pilihan saya menjadi guru seperti sekarang?Apakah betul pilihan saya bertukar sekolah dan menjadikan SKTM2 sebagai sekolah yang akan mendidik saya dan tempat saya berkhidmat untuk tempoh 3/5 tahun? Saya tertanya2.namun saya yakin bahawa perancangan Allah itu sesuatu yang terbaik walau baik atau buruk, atas diri saya untuk memandangnya dari sudut mana.seandainya nanti lebih banyak kesukaran setelah saya tekun mencuba yang terbaik namun saya mahu menganggapnya sebagai pengajaran dan satu proses pembelajaran.

Rakan sejawat? kerap juga saya merasakan minoriti dari mereka tidak seperamah yang saya sangkakan.Tatkala berselisihan masih ada guru yang kedekut dengan senyuman apatah lagi salam.namun saya ambil itu sebagai pengajaran.Saya perlu terima kenyataan bahawa tidak semua manusia itu punya sifat dan sikap yang sama.Setiap orang ada kelebihan dan kekurangan sekaligus menjadikan mereka berbeza-beza.

Cara kerja pentadbiran?Saya perhatikan pihak pentadbiran sedikit kelam kabut.namun saya perlu ingatkan diri bahawa organisasi yang melibatkan kecemerlangan seharusnya agak tertekan dan sedikit tidak terurus.Sehingga mana saat saya bergraduasi, saya akan cuba buat yang terbaik untuk sekolah dan sehingga saya disahkan jawatan saya tetap mahu buat yang terbaik kerana satu A.L.L.A.H.

senyumlah kerana ia adalah terapi terbaik..berlapang dada lah kerana ia bisa mengubat tekanan…;)salam syg  zc

By zimahibrahim Posted in Uncategorized