Nur dari Allah

Salam teman seIslam..moga perkongsian ini membuatkan kita semua teguh sebagai hamba yang dikurniakan Nur dan hidayah Nya..
Setelah hampir 27 tahun saya dipinjamkan Allah roh, jasad dan nyawa yang dilengkapi dengan kesempurnaan pancaindera, saya akhirnya sampai pada hari jumaat yang barakah ini.
Dan Jumaat ini tidak saya pasti jumaat yang keberapa hadir dalam hidup saya.Ketika mana saya dalam perjalanan pulang bersama suami, banyak masa dihabiskan dengan berfikir. Berfikir tentang mimpi-mimpi ngeri yang kerap bertandang ketika tidur saya.Berfikir tujuan dan matlamat hidup saya di dunia dan di akhirat.
Akhirnya saya menyuarakan hasrat saya kepada suami.Hasrat untuk berubah dan berhijrah.Benar selama ini saya hidup dengan gelaran Islam namun apakah islam itu benar2 sebati dalam diri saya.benar saya membaca AlQuran namun apakah saya faham kandungannya.benar saya solat tapi apakah solat itu sempurna saya kerjakan dan mampu menegah saya dari mungkar.saya bertudung namun apa benar tudung,hijab,baju yang saya kenakan itu benar2 menutup aurat saya..menutup dari segala mungkar.Untuk apa saya hidup dalam dunia ini andai saya rasa kosong.Untuk apa saya solat dan mengaji tapi xmendatangkan ketenangan pada jiwa saya.Bukti jiwa saya tidak tenang ialah apabila tiap saat tidur saya tidak lena dan diganggu mimpi2 menakutkan.seakan roh saya keluar merayap kerana ketakutan.apa yang saya takutkan?saya faham akhirnya keperluan roh dan jiwa saya dalam kehidupan ni.mungkin betul sisa hidup saya sudak tidak panjang namun saya mahu memanfaatkan masa sedetik ini untuk saya mencari redha Allah.saya kerap mengulang bahawa saya tidak mahu jadi orang biasa tapi saya mahu jadi orang luar biasa. Justeru saya memilih jalan Allah agar saya menjadi orang luar biasa yang memiliki hati yang tenang dan kuat kcintaan pada Allah swt..Satu khabar gembira buat saya bilamana suami yang saya cintai juga bertekad yang sama.bukan hanya saya tapi saya dan suamii memilih jalan Allah.kami telah nekad memilihnya dan tidak mahu berundur.Untuk itu saya dan suami berdoa mohon Allah tidak menarik balik nikmat nur dan hidayah yang Allah anugerahkan kepada kami agar kami benar2 merasai nikmat IMANdan ISLAM.
Saya berharap agar saya dan suami terus menjadi muslim dan muslimah yang mukmin dan mukminah dan berrtaqwa.Saya sudah mulai merasakan nikmat iman dan saya berharap agar Allah terusan melindungi saya dan suami dari kejahatan iblis laknatullah.
Allahumma AAmiin.Kmi memulakan proses pengislahan iman ini dengan menjaga waktu solat kami serta cuba sekerapnya mengaji Al Quran dan memahami tafsirannya.Moga Allah memberkati…

Saya dan suami mahu ke syurga.mahu berbangga dan bahagia menjadi muslim….

By zimahibrahim Posted in Uncategorized