zimahibrahim


USIM anugerah Doktor Falsafah Kehormat kepada Prof Dr Muhammad Sayyid Tantawi
February 28, 2008, 4:30 am
Filed under: news

Oleh NORAZIMAH IBRAHIM

NILAI – Buat julung kalinya, Universiti Sains Islam Malaysia telah menganugerahkan Ijazah Doktor Falsafah Kehormat yang pertama kepada Prof Dr Muhammad Sayyid Tantawi di Majlis Konvokesyen Khas USIM pada 16 Febuari tahun ini. Majlis yang  berlangsung di Dewan Plenari, Pusat Konvensyen Kuala Lumpur itu,  telah dirasmikan oleh D.Y.M.M Tuanku Najihah Almarhum Tunku Besar Burhanuddin. 

Dalam ucapan yang disampaikan oleh Naib Canselor USIM,  Prof  Dato’ Dr Abdul Shukor Hj Husin berkata, objektif utama USIM adalah untuk  menaikkan nama Pengajian Islam di mata dunia selain menjadikan tokoh ilmuan seperti Tantawi sebagai teladan. “Pemilihan beliau berdasarkan sumbangan dan kedudukan beliau sebagai tokoh ilmuan terkenal yang ke-46 di Mesir,” ujar beliau.                                                                                   

“Ini merupakan salah satu usaha dan pendekatan  USIM dalam memartabatkan Pengajian Islam di mata dunia serta menjadikan Tantawi sebagai sumber inspirasi. Personaliti dan sahsiah yang dimiliki beliau, wajar dicontohi oleh umat Islam khususnya pelajar USIM,” jelas beliau lagi. 

Ketika berucap pada majlis tersebut, Tantawi melahirkan rasa gembira di atas penganugerahan itu, selain berharap agar dapat mengeratkan lagi hubungan dua hala antara Malaysia dan Mesir. 

“Saya berharap agar pelajar USIM khususnya dan pelajar IPT di seluruh dunia  amnya memperjuangkan ilmu dan sentiasa berijtihad, bersabar, tenang dalam mencari ilmu,”  tambah beliau lagi.   

Elham Jah Ar-Rasul, 30, dari Sudan, berpendapat, pemilihan Tantawi bagi anugerah itu amat  sesuai kerana beliau merupakan ikon seluruh umat Islam di dunia. 

“Beliau merupakan lambang umat Islam yang hebat dari segi pemikiran dan pendekatan da’wah Islamiyah yang dibawa,” ujar beliau. 

Manakala menurut Khairul Anuar Mohamad, pensyarah FPQS, USIM, penganugerah tersebut adalah wajar bagi mengiktiraf sumbangan buah fikiran dan pandangan beliau dalam bidang ilmu agama. 

“Beliau adalah seorang yang mampu menarik perhatian dunia dengan ucapan, kata-kata dan buah fikiran beliau yang berkaitan bidang agama, Jadi, penganugerahan ini memang layak diberikan kepada beliau. 

Yusuf Abdul Jalil, 39, dari Nigeria, berpendapat, Tantawi merupakan seorang ulama’ ternama yang  layak menerima anugerah seumpama ini kerana sumbangan beliau dalam bidang ilmu khususnya bidang Usuluddin. 

Manakakala menurut Mohd Fadli Mohd Yusof, Pegawai di Bahagian Fatwa Jabatan Mufti, Negeri Terengganu, anugerah ini sesuai diberi kepada tokoh ulama’ dunia seperti Muhammad Sayyid Tantawi. 

“Selayaknya anugerah seumpama ini menjadi milik Sheikh al -Azhar ini, kerana beliau merupakan tokoh ilmuan yang terbilang dunia. 

 


4 Comments so far
Leave a comment

tokoh yang memang patut diberi kehormatan sebegitu.

Comment by izmal

Salam..alhamdulillah, akhirnya nama usim naik juga di persada dunia..ehemm..pelajar2nya bila lagi kan..

Comment by ieyd safni

sememangnya diberi penghormatan kerana banyak memberi jasa kepada UMAT ISLAM SEDUNIA..

Comment by budok qlate

USIM Terus Maju
Antara bait-bait lagu.

Menjadi universiti termaju
Meredah halangan mencipta mutu
Siswanya adalah tonggak negara

Comment by loko9691963




Leave a comment
Line and paragraph breaks automatic, e-mail address never displayed, HTML allowed: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <pre> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>