zimahibrahim


Program FST tarik minat pelajar
February 18, 2008, 1:08 am
Filed under: news

Oleh NORAZIMAH IBRAHIM

Nilai- Bersempena dengan Minggu Integriti yang dianjurkan oleh Universiti Sains Islam Malaysia pada 28 Januari hingga 1 Januari 2008, Fakulti Sains dan Teknologi (FST)  telah mengatur pelbagai pengisian program sepanjang minggu tersebut. Antara program itu adalah Sukan Muhibbah dan Explorace .                 

Menurut Pengarah Program Minggu Integriti Fakulti Sains dan Teknologi, Dr Siti Salhah Othman, tujuan utama program ini dianjurkan oleh pihak fakulti adalah untuk menyuntik nilai integriti di kalangan pelajar dan warga FST. 

“Semua program anjuran FST melibatkan pelajar, pensyarah dan kakitangan FST agar tiada jurang antara pelajar dan pensyarah serta warga FST dan wujudnya hubungan yang baik.

“Saya sangat berpuas hati dengan penyertaan pelajar, pensyarah dan kakitangan fakulti dalam setiap program yang dijalankan walaupun  penerapan program lebih santai namun nilai integriti itu lebih terkesan dalam diri setiap pelajar . 

Saya berharap agar nilai integriti dapat dilihat di dalam diri setiap pelajar dan program seumpama ini dapat diteruskan pada masa akan datang,“ tambah beliau lagi ketika ditemui di pejabatnya. 

Sementara itu, Penolong Pendaftar Kanan FST, Mohd Asri Husain, program yang diadakan sepanjang Minggu Integriti merupakan hasil perbincangan dan pendapat antara pelajar, pensyarah dan kakitangan fakulti  Beliau amat gembira di atas penglibatan para pelajar dalam semua program sepanjang Minggu Integriti berlangsung walaupun mereka sibuk dengan sesi pembelajaran. 

 “Saya harap para pelajar faham konsep integriti dan nilai moral dalam setiap program, ini kerana pelajar merupakan pelapis generasi pada masa hadapan,” tambahnya lagi. 

Humairah Mohd Fadzir, 20,  berpendapat bahawa Minggu Integriti dapat memantapkan disiplin pelajar dan sangat berkesan kerana dapat merapatkan hubungan antara pelajar, pensyarah dan kakitangan fakulti. 

 “Program sepanjang Minggu Integriti yang bersifat outdoor seumpama ini, dapat menarik minat ramai pelajar untuk menyertainya,” katanya. Sementara itu, menurut salah seorang peserta program Minggu Integriti,

Rawaida Ramli, 21, beliau amat berpuas hati dengan pengisian program sepanjang Minggu Integriti berlangsung dan gembira dengan hasil dan kesan program kali ini. 

“Program seperti Explorace FST kali ini sangat ceria dengan penglibatan pelajar, pensyarah serta staf FST kerana kami dapat kenal lebih rapat dan teamwork yang ditunjukkan amat memuaskan,” ujarnya.

 Menurut Nurfatiha Zainal, 20, pengisian program bagi Minggu Integriti seumpama ini sesuai dengan konsep dan nilai-nilai positif yang ingin disampaikan oleh pihak universiti dan fakulti. “Saya amat berharap, program Minggu Integriti dan pengisian program seperti ini dikekalkan pada masa akan datang,” ujarnya. 

Manakala, Siti Noorain  Yusoff, 20, berpendapat Minggu Integriti sangat sesuai dijadikan program tahunan IPT. 

“Program kali ini memberi kesedaran mengenai maksud sebenar integriti di dalam diri saya dan para pelajar,” katanya mengakhiri perbualan.  

Selain Sukan Muhibbah dan Explorace, program lain yang dianjurkan FST ialah pertandingan mencipta sajak dan pantun integriti, pemilihan tokoh integriti peringkat pensyarah dan pelajar peringkat fakulti, pameran integriti dan majlis penutup Minggu Integriti peringkat fakulti. 


3 Comments so far
Leave a comment

bilenye fpbu nak wat program macam fst?

Comment by musafir_senja

FST bgus tp FPBU lg bgus…hehe, bukan xleh wat tapi kekangan masa dgn assigmt +subjek yg berlambak 2 wat lecturer+student kte bzz
cam mane pun FPBU tetap HEBAT!!!

Comment by hafsah

Bagus lah program yang dorang buat. Fst teruskan usaha melahirkan pelajar yang cergas dan cerdas begitu juga dengan fakulti lain

Comment by rafidahshapuan




Leave a comment
Line and paragraph breaks automatic, e-mail address never displayed, HTML allowed: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <pre> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>